Friday, November 1, 2013

Allah paling HEBAT!

harini, ramai student2 uitm nervous tak tentu arah...
sejuk tangan..
sejuk kaki..
jantung berdebar debar..
refresh email banyak kali..
stay depan laptop tak gerak2..
update twitter and fb setiap 2 saat sekali...
pasai apa?

the result day

sounds epic?haha.

aku taktau, memula ingatkan asasi kat puncak alam je.. tapi ramai pulak member aku asasi n diploma kat tempat lain dok update status pasal result. ooh sama hari ke.. okey..

anyway.

harini, 1 nov, sepatutnya lah result tu keluar..tapi malam tadi around 10 lebih.. 11.. mula dah start kecoh.. ada yang dah dapat the freaking email 

weh weh. baru 31 oktober! apa ni?!

mulalah rasa gelisah
tak tentu arah
lagi2 ada yg sebar rumours siapa yang dapat awal tu, dapat pointer above 3....
.......apakah.........
......habis aku ni.....
......aish.......takkanlah....
dan seperti mana student tipikal yang nervous tunggu result final exam... aku pun merenung lah inbox aku tu... dan check phone.. dan refresh page... yeah......
so  i thought, i'd better kill my time.. aku pun tinggalkan segala laman sesawang sosial yang menambah nambah rasa kegusaran di hati ini..and baca novel.. sampailah tertidur...

around 3.50 am.. i woke up. ish, aku tertidur rupanya . eh email! ada tambahan satu lagi email yang belum dibaca!

klik klik.

yup, this is it.

klik klik.

bismillahirrahmanirrahim!

.
.
.
4.00
*senyum*
alhamdulillahhhh! :D
tertunai impian aku untuk sem 1 ni ^^
syukurrr.

***

keesokan harinya, sedari awal pagi, ramailah kawan2 saling bertanya, ada yang okey, ada yang gembira, ada yang tak capai target, ada yang taknak bagitau result...... ._. (sungguh aku awkward bila dalam situasi begini)

tapi hari ni, berdasarkan semua benda yang berlaku ni, adalah beberapa perkara aku dapat take note dan aku nak semat kuat kuat dalam kepala ni

1. setiap satu result ni, atas izin-Nya , and ada sebab kenapa dia bagi result macamtu.

Allah bagi nikmat supaya kita bersyukur,
Allah bagi musibah supaya kita muhasabah
ni semua ibarat satu peringatan; supaya tambah amal dan tingkatkan iman :D

dan aku sungguhlah tak percaya bahawa kejayaan seseorang itu berdasarkan result exam... uish..
maybe ada yang kata, "yelah, kau tak pernah rasa result teruk macamni, bolehlah kau kata macamtu!"
hurm.... betul, alhamdulillah, setakat ni result aku takdelah teruk gila2 sampai tahap buat aku rasa down..
tapi..
aku anggap ini bahagian aku, kau belum nampak kat mana kurangnya aku.....
dan percayalah... kalian masing masing ada kelebihan yang aku nak sangat ada.. tapi Allah dah tetapkan, itu kau punya..

kadang-kadang.. aku rasa maybe Allah bagi aku result yang bgus dalam exam.. sebab aku tak mampu, aku tak cukup kuat untuk mengharungi hidup yang mana, kejayaan itu datangnya dari berhempas pulas.. tapi aku yakin, aku mampu berjaya! (cubaan memotivasi diri sendiri)

dan sahabat2ku yang mungkin pointer nya agak rendah.. kejayan juga suatu hari bakal menjadi milik kalian, tapi mungkin melalui jalan lain sikit dari aku, jalan yang penuh cabaran, dan kalian mampu tempuhinya! (aku tak cakap jalan aku sekarang senang okey aku punya future ni taktau lagi cemana :/ )

kan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan kita?

insyaAllah, aku pegang ayat tu, dan aku yakin, dan aku mahu aku sentiasa yakin pada ketentuan-Nya :]

so in the end, pointer is not everything, yes? oh but still, cubalah yang terbaik,
we earn what we work for
we earn what we deserve
siapa yang menanam, dialah yang menuai!
takkan kau nak tuai padi jiran sebelah kot --' 

dan dalam usaha, jangan lupa doa tawakal, serta yakin kepada Dia .. :)

2. siapa paling hebat? ALLAH paling hebat!

bila kawan2 tanya, then aku bagitahu pointer aku..
ada yang kata, hebatnya kau!
senyum.
Allah.. aku bukan sesiapa.. aku cumalah seorang hamba yang diizinkan untuk dapat 4 flat..
aku jawab exam, ilham dari Dia..Allah izinkan aku untuk jawab dengan baik..alhamdulillah..
bila-bila masa, Allah boleh tarik balik kan nikmat ni dari aku? entah sem depan apa aku masih punya peluang untuk dapat pointer sebegini.. :(


teringat masa kecik.. mungkin taklah kecik sangat kot.. tengok rancangan Haiwan Teladan~ *sing, don't read; then pada setiap episod tu akan ada je pengacara dia akan tanya,

hebat tak ____? (tokoh yang disebut dalam cerita)
and the children will say; "hebaaat!"
and repeat for several times (i don't really remember actually)
but in the end, pengacara tu akan tanya,
"tapi siapa PALING HEBAT?"
and they all will say;
"ALLAH PALING HEBAT!!" 
:')

ya, Dialah pencipta kita, maha mengetahui segala-galanya dan dalam setiap sesuatu, maha bijaksana, yang memberi ilham, Dia hanya perlu berkata "jadilah!" maka ia akan terjadi. 










ni je yang aku terfikir buat masa ni. hoho. wassalam :)



No comments:

Post a Comment