Thursday, November 27, 2014

sampai bila

semalam, malam tadi.
to be precise, selepas aku tulis entri sebelum ni

golek golek

duduk kat meja study

bangun pegi katil

bangun lagi pegi meja study balik

ambil buku baring kat katil lagi

.
.
tak boleh nak buat apa2
.
.
lalu aku pun baring sambil ambil senaskah novel yang boleh aku kategorikan sebagai agak picisan
.

...macam lagha jer
.
kerana aku bukan dalam mode yang terbaik untuk aku hadam segala fakta fakta mekanisme atau fisiologinya neurotransmitter , neuromuscular junction, pharmacology.....
.
.
ish.

mudahnya longlai
muahnya lemah
mudahnya alpa
.
di saat aku tak tentu hala itu, tertanya juga aku: takde hobi ke?
termenung sekejap
apa yang aku buat selama ni
di saat adanya waktu lapang

ingat lima perkara
sebelum lima perkara
.....lapang sebelum sempit..

mungkin sebab aku ini orangnya perlukan sedikit tekanan positif
mungkin karena keesokannya (hari ini) tiada apa untuk dikejarkan, bukan dateline apa apa pun

dan deep inside

aku tahu aku perlukan suatu suapan, makanan , santapan serta SENTAPan rohani
,
tiba2 rasa rindu pada ilmu2 bukan bidang perubatan

kerana manusia ini, takkan pernah habis teroka ilmu Allah

sikit pun dah tak mampu
sikit pun dah bosan belajar

.
.
memang cubaan untuk sentapan diri sendiri sebenarnya.

anyway

saat ini, baru je balik dari fiqh perubatan anjuran PERSIAP ukm
panel: dr. zulkifli al-bakri
bincang tentang banyak isu isu fiqh yang berkaitan dengan perubatan

saat masuk dalam auditorium.. dr belum masuk pun lagi, namun tempat duduk sudah mula dipenuhi para pelajar yang dahagakan ilmu . dendangan nasyid serta alunan zikir dialunkan.

sahabatku azira cakap kat aku, "aku rindu suasana macam ni"

aku berfikir sejenak

ya, aku juga rindukan suasana begini. muda mudi muslimin muslimat berkumpul dalam satu majlis ilmu kerana dahagakan ilmu, and nampak ada macam satu penyatuan di situ. semua, bersatu, dalam satu majlis, untuk sama sama menadah ilmu dari seorang mufti yang disegani.

dan juga masa daftar masuk , setiap peserta dapat satu beg buah tangan berupa dua naskah majalah, -al-ustaz dan solusi. alhamdulilllahh :)) walaupun dah edisi lama, tapi aku rindukan bahan bacaan seperti ini. serious, baru je tengahhari tadi terdetik untuk cari bahan-bahan bacaan macamni. majalah. tiap2 hari menghadap buku teks tebal tebal, rasa loya pun ada :P (hehe isk2 astaghfirullah)

ustad banyak memberi cabaran kepada kami, generasi doktor yang seterusnya.
antara poin yang aku ingat

ketika itu berbincang tentang vaksin atau ubat ubatan yang mempunyai unsur khinzir atau bahan tidak halal
secara hukumnya, sudah tentu apa yang dibual dari benda haram itu, haram juga lah produk itu, kecuali darurat

tak aku nafikan, banyak kali juga kita pandang enteng sesuatu perkara atas alasan darurat tu

tapi soalan dr zulkifli tadi yang terawang awang di mindaku

"sampai bila?"

.
.
.
sampai bila.


di situlah beliau mencabar kami supaya buat lagi kajian kajian akan datang untuk mencari alternatif;
bukan setakat guna apa yang ada


***
kerana apabila dengan menulis aku akan lebih banyak muhasabah diri
dengan menulis aku cuba refleksi diri







Wednesday, November 26, 2014

harapan

bismilahirrahmanirrahim.

apabila tangan dan hati mula menggatal untuk bercerita dan berceloteh kepada diri sendiri
meluahkan di dalam sebuah entri
untuk bacaan diri sendiri
suatu masa nanti

hangat hangat tahi ayam

.
.
.
macam aku je tu
.
.
.
last update dah setahun lepas
.
.
.
*nanges*

.
anyway.

tengahhari tadi masa makan kat food garden..
penuhnya orang, peak hour lah katakan..
last2 ada lah tempat kosong ngam2 untuk 3 orang: aku, azira and nadwin.
sebelah tu, ada sorang makcik ni , makan jugak lah , dengan anak dia..
maka aku pun beli bubur untuk juadah makan tengahhari aku
sambil2 makan, makcik tu berbual sikit2 ngan kitorang.

"student medik?"
"ha'ah makcik :)"
"awak belajar, betul2 tau.. zaman awak ni, satu je, jangan buat benda tak berfaedah, sia2.. sekarang ni cabaran besar, tu, gajet tu.. bayangkan seminit masa kita guna untuk baca buku, bezakan dengan mungkin sejam kita main gajet.. hmm bayangkanlah.."

makcik tu turut cerita yang dulu dia pernah bercita2 untuk berada di tempat kami,
tapi tak kesampaian..
takdir Allah membawanya ke fakulti undang2 UIA..
dari doktor berubah ke lawyer..
akhirnya jadi pensyarah kat ukm..

huhu..

makcik tu turut berpesan..
jangan hampakan harapan mak ayah..
dia cerita, masa dia lulus PhD, betapa ayah beliau senyum hingga ke telinga..
sedih pulak bila sebut bab mak ayah ni
..huhu

aku tersedar

perjuangan aku sekarang ni
membawa satu harapan
harapan ibu bapa
harapan keluarga
harapan masyarakat

bukan nak kata aku rasa terbeban dengan harapan itu semua

malah itu lah yang jadi pembakar semangat untuk aku

insyaAllah, aku cuba untuk buat yang terbaik
supaya suatu hari nanti
aku mampu menjadi seseorang
yang mampu berbakti kepada makhluk Allah yang lain
masyarakat
ibubapaku
diri sendiri
agamaku

dengan izin-Mu, ya Allah