semalam, malam tadi.
to be precise, selepas aku tulis entri sebelum ni
golek golek
duduk kat meja study
bangun pegi katil
bangun lagi pegi meja study balik
ambil buku baring kat katil lagi
.
.
tak boleh nak buat apa2
.
.
lalu aku pun baring sambil ambil senaskah novel yang boleh aku kategorikan sebagai agak picisan
.
...macam lagha jer
.
kerana aku bukan dalam mode yang terbaik untuk aku hadam segala fakta fakta mekanisme atau fisiologinya neurotransmitter , neuromuscular junction, pharmacology.....
.
.
ish.
mudahnya longlai
muahnya lemah
mudahnya alpa
.
di saat aku tak tentu hala itu, tertanya juga aku: takde hobi ke?
termenung sekejap
apa yang aku buat selama ni
di saat adanya waktu lapang
ingat lima perkara
sebelum lima perkara
.....lapang sebelum sempit..
mungkin sebab aku ini orangnya perlukan sedikit tekanan positif
mungkin karena keesokannya (hari ini) tiada apa untuk dikejarkan, bukan dateline apa apa pun
dan deep inside
aku tahu aku perlukan suatu suapan, makanan , santapan serta SENTAPan rohani
,
tiba2 rasa rindu pada ilmu2 bukan bidang perubatan
kerana manusia ini, takkan pernah habis teroka ilmu Allah
sikit pun dah tak mampu
sikit pun dah bosan belajar
.
.
memang cubaan untuk sentapan diri sendiri sebenarnya.
anyway
saat ini, baru je balik dari fiqh perubatan anjuran PERSIAP ukm
panel: dr. zulkifli al-bakri
bincang tentang banyak isu isu fiqh yang berkaitan dengan perubatan
saat masuk dalam auditorium.. dr belum masuk pun lagi, namun tempat duduk sudah mula dipenuhi para pelajar yang dahagakan ilmu . dendangan nasyid serta alunan zikir dialunkan.
sahabatku azira cakap kat aku, "aku rindu suasana macam ni"
aku berfikir sejenak
ya, aku juga rindukan suasana begini. muda mudi muslimin muslimat berkumpul dalam satu majlis ilmu kerana dahagakan ilmu, and nampak ada macam satu penyatuan di situ. semua, bersatu, dalam satu majlis, untuk sama sama menadah ilmu dari seorang mufti yang disegani.
dan juga masa daftar masuk , setiap peserta dapat satu beg buah tangan berupa dua naskah majalah, -al-ustaz dan solusi. alhamdulilllahh :)) walaupun dah edisi lama, tapi aku rindukan bahan bacaan seperti ini. serious, baru je tengahhari tadi terdetik untuk cari bahan-bahan bacaan macamni. majalah. tiap2 hari menghadap buku teks tebal tebal, rasa loya pun ada :P (hehe isk2 astaghfirullah)
ustad banyak memberi cabaran kepada kami, generasi doktor yang seterusnya.
antara poin yang aku ingat
ketika itu berbincang tentang vaksin atau ubat ubatan yang mempunyai unsur khinzir atau bahan tidak halal
secara hukumnya, sudah tentu apa yang dibual dari benda haram itu, haram juga lah produk itu, kecuali darurat
tak aku nafikan, banyak kali juga kita pandang enteng sesuatu perkara atas alasan darurat tu
tapi soalan dr zulkifli tadi yang terawang awang di mindaku
"sampai bila?"
.
.
.
sampai bila.
di situlah beliau mencabar kami supaya buat lagi kajian kajian akan datang untuk mencari alternatif;
bukan setakat guna apa yang ada
***
kerana apabila dengan menulis aku akan lebih banyak muhasabah diri
dengan menulis aku cuba refleksi diri
No comments:
Post a Comment